Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE COMMANDER CONVENED A VIRTUAL INTRODUCTORY CALL WITH THE CHIEF OF ARMY, SINGAPORE ARMED FORCES

BERAKAS GARRISON, Thursday, 24 September 2020 – A virtual introductory call was held today between Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan,  Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and Major General Goh Si Hou, Chief of Army, Singapore Armed Forces (SAF).

During the call, both sides reaffirm their longstanding defence relations and special partnership that has been continuously nurtured through engagements in various areas of cooperation including exchange of visits, exercises, people to people interactions, courses and training.

Both sides expressed firm commitment to further strengthening the bilateral ties between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, particularly for both armies. They also discussed best practices to curb the spread of COVID-19 in both countries and roles of both armies in the COVID Task Force. Chief of Army, Singapore Armed Forces reiterate commitment to participate in the upcoming virtual ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) in November hosted by Brunei Darussalam.



PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PERJUMPAAN PENGENALAN SECARA VIRTUAL BERSAMA PANGLIMA TENTERA DARAT, ANGKATAN TENTERA REPUBLIK SINGAPURA

BERAKAS GARISON, Khamis, 24 September 2020 – Perjumpaan pengenalan secara talian telah diadakan di antara Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Mejar Jeneral Goh Si Hou, Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Republik Singapura pada hari ini. 

Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak menekankan hubungan pertahanan yang telah sekian lama terjalin dan sangat istimewa yang sememangnya akan terus dipupuk melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk pertukaran lawatan, eksesais, interaksi persahabatan, kursus dan latihan.

Kedua belah pihak juga telah menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuhkan lagi  hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, lebih-lebih lagi di antara kedua angkatan tentera darat tersebut. Mereka turut membincangkan amalan terbaik dalam menangani penularan wabak COVID-19 bagi kedua buah negara dan peranan kedua tentera darat di dalam Task Force COVID-19. Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Republik Singapura turut mengesahkan semula komitmen untuk terlibat di dalam ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) secara talian yang akan diadakan pada bulan November ini dan dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam.