Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
1st BRUNEI-PHILIPPINES ARMY WORKING GROUP (BRUPHIL AWG) CONFERENCE

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 23 September 2020 The Royal Brunei Land Force (RBLF) hosted the 1st Brunei-Philippines Army Working Group (BRU-PHIL AWG) virtual conference with the Philippine Army (PA) today at RBLF Headquarters, a key milestone to further elevate the close cooperation between the two armies.

The virtual conference was jointly co-chaired by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Chief of Staff of the RBLF and Colonel Rommel Rosalejos Cordova, Assistant Chief of Staff for Plans, G5, PA. Also present were Colonel Ricky Laniog Philippine Defense Attaché to Brunei Darussalam, Officers from the RBLF Headquarters, Chief Instructor Training Institute RBAF and Acting Chief Instructor Defence Academy RBAF.  

During the conference, both parties agreed on a work-plan for 2021 with series of bilateral cooperation such as exchange visits/ virtual engagements and exchange of courses as well as to further explore opportunities that will enhance interactions between the two countries in the next Bru-Phil AWG conference. An exchange of information on each other's experiences in handling COVID-19 were also shared during the conference. 

This inaugural Bru-Phil AWG was made possible with the signing of the term of reference for the working group by respective army chiefs in November last year in Manila and the PA is scheduled to host the 2nd Bru-Phil AWG next year.




PERSIDANGAN PERTAMA BRUNEI-FILIPINA BAGI KUMPULAN KERJA TENTERA DARAT

BERAKAS GARISON, Rabu, 23 September 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghoskan buat julung kalinya persidangan pertama Brunei-Filipina bagi Kumpulan Kerja Tentera Darat (BRU-PHIL AWG) secara talian bersama dengan Tentera Darat Republik Filipina pada hari ini bertempat di Markas TDDB, yang sememangnya merupakan pencapaian utama dalam mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama erat di antara kedua-dua angkatan tentera darat.

Persidangan secara talian ini telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Ketua Staf TDDB dan Kolonel Rommel Rosalejos Cordova, Penolong Ketua Staf Perancangan, G5, Tentera Darat Republik Filipina. Turut hadir pada sidang mesyuarat tersebut adalah Kolonel Ricky Laniog, Atase Pertahanan Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai dari Markas TDDB, Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB dan Pemangku Ketua Jurulatih Akademi Pertahanan ABDB.

Semasa persidangan dijalankan, kedua-dua pihak bersetuju untuk pelan kerja 2021 dengan beberapa siri kerjasama dua hala seperti pertukaran lawatan/penglibatan secara virtual dan pertukaran kursus serta untuk meneroka lebih banyak peluang lain yang akan mempertingkatkan lagi interaksi di antara kedua negara pada persidangan BRU-PHIL AWG yang akan datang. Pertukaran maklumat bagi kedua angkatan tentera darat dalam menangani COVID-19 turut dikongsikan di dalam persidangan tersebut.

BRU-PHIL AWG telah berjaya dilaksanakan dengan adanya penandatangan term of reference bagi kumpulan kerja kedua-dua angkatan tentera darat pada bulan November tahun lepas di Manila, dan Tentera Darat Republik Filipina juga dijadualkan untuk menghoskan BRU-PHIL AWG kali kedua pada tahun hadapan.