Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
VAB MAINTAINANCE WORKSHOP SERIES 1/2020, LAND ENGINEERING COMBAT SERVICE SUPPORT, ROYAL BRUNEI LAND FORCE CERTIFICATE AWARDS CEREMONY

BOLKIAH GARRISON, Friday, 11 September 2020 – VAB Maintenance Workshop Series 1/2020 Certificate Awards Ceremony was held at Bolkiah Workshop, Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF). The certificate awards presented by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer of Land Engineering, CSS RBLF.

The workshop was held from 3rd August to 11th September 2020 which  was attended by 12 automotive technicians and civilians of the Land Engineering unit which included Bolkiah Workshop, Penanjong Workshop, Combat Engineering Squadron Workshop Sp Bn RBLF, LAD 1Bn RBLF, LAD 2Bn RBLF, LAD 3Bn RBLF, LAD No. 6 Wing RBAirF and LAD SFR RBAF.

The workshop is one of the initiatives in the Land Engineering Alignment Plan which is to produce highly skilled technicians and expertise in the engineering field under Land Engineering. Hence, the objective of this workshop is more to delivering confidence and increasing the skills of the technicians and civilians involved in all technical aspects of repair and maintenance of the VAB thus can be implemented in respective units. Apart from that, the workshop also acts as exposure and knowledge development in the maintenance and repair of VAB to military technicians and civilians embarking in the engineering field under the Land Engineering unit.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL BAIKPULIH KENDERAAN ANGKUT PERISAI SIRI 1/2020 KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 11 September 2020 – Majlis Penyampaian Bengkel Baikpulih Kenderaan Angkut Perisai Siri 1/2020 berlangsung di Bolkiah Woksyop, Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB). Penyampaian Sijil bagi peserta-peserta bengkel disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, KBK TDDB.

Bengkel tersebut diadakan dari 3 Ogos 2020 sehingga 11 September 2020 yang mana telah dihadiri oleh anggota-anggota teknisyen tentera dari Vokasyen Otomotif dan awam seramai 12 anggota daripada unit-unit Kejuruteraan Darat khususnya Bolkiah Woksyop, Penanjong Woksyop, Woksyop SJT Bn Bantu TDDB, LAD 1Bn TDDB, LAD 2Bn TDDB, LAD 3Bn TDDB, LAD No.6 Wing TUDB dan LAD RPK ABDB.

Bengkel ini merupakan salah satu pelan inisiatif dalam Land Engineering Alignment Plan ke arah melahirkan anggota-anggota teknisyen dan tenaga kerja di bidang kejuruteraan yang berkemahiran tinggi. Ke arah itu, objektif bengkel lebih menekankan kepada memberikan keyakinan dan meningkatkan lagi kemahiran serta kebolehan dari segi aspek-aspek teknikal pembaikan Kenderaan Angkut Perisai bagi melaksanakan tugas pembaikan kenderaan tersebut di unit-unit.  Di samping itu juga, ianya sebagai pendedahan bagi memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran pembaikan kenderaan tersebut kepada anggota-anggota teknisyen tentera dan awam yang baharu memasuki bidang kejuruteraan di Kejuruteraan Darat.