Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THIRD BATTALION CONDUCTS SECURITY AND SAFETY BRIEF FOR LUMUT CAMP’S RESIDENTS AND CIVIL SERVANTS

LUMUT CAMP, Friday, 11 September 2020 – Several briefings were delivered to the Lumut Camp’s residents and civil servants such as Camp’s Security brief, Occupational Health and Safety (OHS) brief, followed by the Fire Hazards brief and the Camp’s Regulation brief. A total of 145 Lumut Camp’s residents and civil servants including families attended the brief at Third Battalion, Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) Cookhouse. 

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer 3Bn RBLF. The brief was initiated by an opening remark by the guest of honour, where he emphasized the importance in ensuring the safety and well-being of the camp. The brief concluded by a fire demonstration conducted at the Cookhouse’s parking area.

The intend of this brief and demonstration hoped that the Lumut Camp’s residents and civil servants will be more aware to the risks that could cause fire and implement safety measures in preventing the danger of such fire incidents from occurring. It was also hoped that this briefing will increase the awareness of all residents in safeguarding the security and OHS for the well-being and safety of the camp. 



BATALION KETIGA MENYAMPAIKAN TAKLIMAT-TAKLIMAT SEKURITI DAN KESELAMATAN KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI DAN KAKITANGAN-KAKITANGAN AWAM PERKHEMAHAN LUMUT

LUMUT, Jumaat, 11 September 2020 – Beberapa taklimat telah disampaikan kepada penghuni-penghuni dan kakitangan awam Perkhemahan Lumut iaitu Taklimat Sekuriti Perkhemahan, Taklimat Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) diikuti dengan Taklimat Api dan Taklimat Peraturan Perkhemahan. Seramai 145 orang menghadiri taklimat tersebut termasuk keluarga penghuni-penghuni dan kakitangan awam Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) yang diadakan di Rumah Masak 3Bn TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan yang disampaikan oleh tetamu kehormat, yang mana telah menekankan kepentingan taklimat ini disampaikan agar kesejahteraan dan keselamatan perkhemahan sentiasa terjamin. Sepertimana yang dilihat, beberapa kejadian yang melibatkan kebakaran telah berlaku pada tahun ini termasuk kejadian yang melibatkan haiwan liar. Taklimat juga diteruskan dengan demonstrasi pemadam api yang ditunjukkan di kawasan Letak Kereta Rumah Masak 3Bn.

Tujuan taklimat dan demonstrasi ini disampaikan adalah supaya penghuni-penghuni serta kakitangan-kakitangan awam Perkhemahan Lumut akan lebih peka terhadap risiko yang boleh menjadi punca kebakaran serta mengutamakan langkah-langkah keselamatan di dalam mencegah bahaya insiden kebakaran seumpamanya daripada berlaku. Taklimat ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran semua pihak di dalam sama-sama menjaga sekuriti dan KKK bagi kesejahteraan dan keselamatan perkhemahan.