Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PRESENTATION OF DONATION TO HOUSE FIRE VICTIMS

PENANJONG GARRISON, Sunday, 02 August 2020 – In efforts to lessen the burden of victims of a recent house fire incident on 02 August 2020 in Penanjong Garrison, several donations was presented to both affected families.

A total of BND$500.00 from the allocation of the 'Tabung Kebajikan Dana Musibah' from the Royal Brunei Land Force (RBLF) fund was presented by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, the Commanding Officer of 3Bn RBLF to both fire victims, namely SSgt Jamil bin Hassan and WO2 Dedy Suhardey bin Haji Abu Bakar on Sunday, 02 August 2020. In addition to the donation from the RBLF fund, a total of BND$1000.00 from the allocation of the 'Tabung Dana Kebajikan' Royal Brunei Armed Forces was also presented by Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Director of Personnel  Ministry of Defence in the evening of 02 August 2020 to both families.

Meanwhile, both families were given temporary housing in Penanjong Garrison. This also includes subsistence support and also daily basic necessities such as clean change of clothing, food and housewares extending from utensils to appliances, to lessen the burden of both families and in ensuring their recovery and transition back to normal. 


PENYAMPAIAN DERMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH

PENANJONG GARISON, Ahad, 02 Ogos 2020 – Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meringankan beban mangsa kejadian kebakaran rumah pada 02 Ogos 2020 lepas di Penanjong Garison yang mana beberapa penyampaian derma telah disampaikan kepada kedua keluarga yang terjejas.

Penyampaian Tabung Kebajikan Dana Musibah daripada Tabung Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berjumlah BND$500.00 telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB kepada kedua mangsa kebakaran, iaitu SSjn Jamil bin Hassan dan PW2 Dedy Suhardey bin Haji Abu Bakar pada hari Ahad, 02 Ogos 2020. Selain penyampaian derma daripada tabung TDDB, sejumlah BND$1000.00 daripada Tabung Dana Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah disampaikan oleh Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan kepada kedua keluarga pada malam 02 Ogos 2020.

Sementara itu, kedua keluarga telah diberikan rumah sementara di Penanjong Garison. Ini termasuk sumbangan berupa wang, keperluan harian seperti pakaian, makanan dan barang rumah iaitu perkakas dapur dan peralatan elektrik bagi meringankan beban yang dialami kedua keluarga berkenaan dan memastikan kehidupan seharian mereka dapat dipermudahkan dan dibina semula.