Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE KORBAN AND AQIQAH CEREMONIES FOR 1441/2020

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 04 August 2020– The festivities of Hari Raya Aidiladha continues to be celebrated with Korban and Aqiqah ceremonies held by Royal Brunei Land Force (RBLF) from 11 Zulhijjah until 15 Zulhijjah 1441.

Present as the Guest of Honour for the Korban and Aqiqah Ceremony held at Surau Al-Fai'zun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present to distribute the meat was Colonel (Dr) Haji Md Hafizul bin Haji Awang Hassan, Chief Medical Officer. A total of 6 buffaloes were sacrificed and the meat was later distributed to Royal Brunei Land Forces (RBLF) personnel, civilian staffs of the RBLF Berakas Garrison, orphans from the RBLF and asnaf group living in the vicinity of the Lambak Kiri Landless Indigenous Citizens' Housing Scheme, Lambak Kanan National Housing Scheme and Kampong Terunjing area.

Meanwhile, similar ceremony was held in Tutong Camp, Lumut Camp and Bangar Camp. Respectively present to distribute the meat were Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, the Commanding Officer of 2Bn RBLF in Tutong Camp, Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF in Lumut Camp and Major Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Acting Second-in-Command of 1Bn RBLF in Bangar Camp.

In total 12 buffaloes and 05 goats were sacrificed for the Korban and Aqiqah events. Apart from forging closer ties among officers and personnel of Royal Brunei Land Force, the ceremonies are commendable practices in Islam that Muslims are encouraged to perform in the days of Tasyrik.


Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Perkhemahan Berakas



Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Perkhemahan Tutong



Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Perkhemahan Lumut

MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1441/2020

BERAKAS GARISON, Selasa, 04 Ogos 2020 – Kemeriahan Hari Raya Aidiladha terus disemarakkan lagi dengan pelbagai Majlis Ibadah Korban yang diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bermula 11 Zulhijjah hingga 15 Zulhijjah 1441.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Ibadan Korban dan Aqiqah yang diadakan di Surau Al-Fai'zun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir bagi mengagihkan daging korban ialah Yang Mulia  Kolonel (Dr) Haji Md Hafizul bin Haji Awang Hassan, Ketua Pegawai Perubatan. Sebanyak 06 ekor kerbau telah dikorbankan dan daging korban tersebut kemudian diagih-agihkan kepada anggota-anggota TDDB, kakitangan awam TDDB di Berakas Garison, anak yatim dari TDDB dan golongan asnaf yang tinggal Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lambak Kiri, Skim Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan dan Kampong Terunjing.

Sementara itu, majlis yang sama turut diadakan di Perkhemahan Tutong, Perkhemahan Lumut dan Perkhemahan Bangar. Hadir bagi mengagihkan daging-daging korban ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB di Perkhemahan Tutong, Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB di Perkhemahan Lumut dan Yang Mulia Mejar Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Aji, Pemangku Timbalan Pemerintah 1Bn TDDB di Perkhemahan Bangar.

Secara keseluruhan, sebanyak 12 ekor kerbau dan 05 ekor kambing telah dikorbankan bagi Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah tersebut. Selain mampu merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB, majlis seumpama ini adalah amalan yang terpuji dalam Islam yang mana orang-orang Islam digalakkan untuk menunaikannya pada hari-hari Tasyrik.