Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER FAREWELL VISIT TO THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Monday, 27 July 2020 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a ceremony for the farewell visit of Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, The Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) at the Warrant Officers, Staff Sergeant & Sergeant's Mess of 3Bn RBLF.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sgt Harun Al-Rashid bin Hj Hussien, Imam of Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp. It was then followed by a heartfelt farewell speech delivered by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF. The speech mentioned that Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of RBLF was sentimentally close to 3Bn RBLF as he had previously held significant position during his allocation in 3Bn RBLF and he was also one of the officers who was involved in the relocation of 3Bn RBLF from Penanjong Camp to Lumut Camp, when it was initially established.

The ceremony continued with the Commander of RBLF's speech delivered through a live feed broadcast from Warrant Officers, Staff Sergeant & Sergeant's Mess to the personnels who gathered at the Cook House of 3Bn RBLF. The RBLF Commander expressed his utmost gratitude towards all the members of the RBLF for their support throughout his service in RBAF. The event was followed by a photo session at the front of 3Bn RBLF headquarters and ended with the Commander of RBLF procession from the headquarters to the main gate of 3Bn RBLF.




MAJLIS PERPISAHAN PEMERINTAH TDDB KE BATALION KETIGA

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, ISNIN, 27 Julai 2020  –  Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Mes  Pegawai Warran, Staf Sarjan & Sarjan, 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Sjn Harun Al-Rashid bin Hj Hussien, Imam Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut. Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Melalui ucapan perpisahan tersebut, beliau menyatakan betapa dekatnya 3Bn TDDB di hati Pemerintah TDDB oleh kerana Pemerintah TDDB telah memegang beberapa jawatan yang sangat signifikan semasa penempatannya di 3Bn TDDB dan Pemerintah TDDB juga merupakan salah seorang di antara pegawai yang terlibat dalam pemindahan 3Bn TDDB daripada Penanjong kem ke Perkhemahan Lumut ketika ia baru ditubuhkan.

Seterusnya Pemerintah TDDB menyampaikan ucapan melalui penyiaran secara langsung daripada Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan 3Bn TDDB kepada anggota-anggota yang berada di Dewan Makan 3Bn TDDB. Pemerintah TDDB menzahirkan rasa kesyukuran kepada semua anggota TDDB atas sokongan padu yang telah diberikan di sepanjang beliau berkhidmat di dalam ABDB. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai di hadapan Markas 3Bn TDDB dan diakhiri dengan perarakan Pemerintah TDDB dari Markas 3Bn TDDB menuju ke pagar utama 3Bn TDDB.