Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER VISIT AT FLOODS AREA IN BELAIT DISTRICT AND SESSION WITH THIRD BATTALION (3BN) RBLF OFFICERS

KG BUKIT SAWAT, BELAIT, Thursday, 02 July 2020 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) made a visit to the areas affected by flood in Belait District which include Jalan Kandol, Kampong Bukit Sawat and Kampong Sungai Mau.         

The arrival of the Commander RBLF at Bukit Sawat Mosque was welcomed by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, the Commanding Officer of the Third Battalion RBLF (3Bn RBLF). The visit began with a briefing on the flood situation update, followed by the visit on boat to Bukit Sawat Jetty, Jalan Kandol and lastly to Sungai Mau. The Commander of the RBLF also visited the Incident Command Post (ICP) at the Multipurpose Hall Kampong Sungai Mau.

Next, the Commander of the RBLF took the opportunity to make a working visit to 3Bn RBLF, Lumut Camp. This included his visit to the Military Transport (MT) Platoon which centers the facilitation and set up of the on-going Armoured Personnel Carrier (APC) Intermediate A2 Course. Subsequently, the Commander of the RBLF was led to the Pipes and Band Auditorium for his session with the 3Bn RBLF Officers. Here, the session emphasized on the importance of all leadership in the RBLF especially tactical commanders in ensuring their units security, discipline and safety. The Commander of the RBLF also highlighted the responsibility in making sure the unit's welfare is taken care of adequately. After the session, the visit continued to the Corporal Club, Cook House and also to Surau Ar-Rahmah for the Zuhor prayer. The visit concluded with a parchment signing and photo session with 3Bn RBLF officers.





LAWATAN PEMERINTAH TDDB KE KAWASAN BANJIR DI DAERAH BELAIT DAN SESI PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI BATALION KETIGA (3BN) TDDB

KG BUKIT SAWAT, BELAIT, Khamis, 02 Julai 2020 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan ke beberapa kawasan yang terjejas oleh banjir di Daerah Belait iaitu di Jalan Kandol, Kampong Bukit Sawat dan Kampong Sungai Mau.

Pemerintah TDDB dan rombongan disambut oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) di Masjid Kampong Bukit Sawat. Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai situasi terkini kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir. Lawatan diteruskan dengan menggunakan perahu dari Jeti Bukit Sawat ke Jalan Kandol dan Sungai Mau. Pemerintah TDDB juga membuat lawatan ke Incident Command Post (ICP) di Dewan Serbaguna Kampong Sungai Mau.

Seterusnya, Pemerintah TDDB juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke Batalion Ketiga (3Bn) TDDB, Perkhemahan Lumut. Lawatan tersebut termasuk lawatan ke Platun Kenderaan, Perkhemahan Lumut bagi melihat perlaksanaan Kursus Pertengahan A2, Platun Kenderaan Angkut Perisai (KAP). Selepas itu, Pemerintah TDDB bergerak ke Platun Serunai dan Tambur, Perkhemahan Lumut bagi sesi perjumpaan bersama Pegawai-Pegawai 3Bn TDDB. Di sini, Pemerintah TDDB menekankan kepentingan semua lapisan peringkat pemimpin terutama sekali di peringkat taktikal untuk sentiasa memastikan sekuriti, disiplin dan keselamatan unit. Di samping itu, Pemerintah TDDB menekankan tanggungjawab dan amanah di dalam memastikan kebajikan unit sentiasa terjaga. Selepas sesi berkenaan, lawatan diikuti dengan lawatan ke Koperal Kelab, Rumah Masak dan seterusnya ke Surau Ar-Rahmah bagi menunaikan Sembahyang Fardhu Zuhor. Lawatan tersebut diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan oleh Pemerintah TDDB  dan sesi bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai 3Bn TDDB.