Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE (RBLF) CONTRIBUTED BLOOD DONATION CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH 59th RBAF ANNIVERSARY

RIPAS HOSPITAL, Wednesday 01 July 2020 – To commemorate the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 59th Anniversary, Royal Brunei Land Force (RBLF) have conducted a blood donation campaign co-organised with the staff of the Blood Bank Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health.

A total of 50 RBLF personnel donated blood in support of Blood Donation Centre (BDC) mission. Prior to the donation, precautionary measures were set by BDC throughout the day which include limiting the number of donor at one time, social distancing and temperature check before entering the blood donation room.

Similar campaigns will continue to be held until May next year (2021) at BDC, RIPAS Hospital. The blood donation campaign aims to provide support and mindfulness to the community by donating and increasing the national blood bank reserve aside from inculcating a charitable attitude and a sense of social responsibility to military personnel.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (TDDB) SUMBANG BANTUAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-59

HOSPITAL RIPAS, Rabu 1 Julai 2020 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-59, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama kakitangan Tabung Darah  Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan bertempat di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.

Seramai 50 anggota TDDB menderma darah bagi menyokong misi Pusat Pendermaan Darah. Sebagai langkah berjaga-jaga, garis panduan dari Pusat Pendermaan Darah Brunei telah dipraktikkan termasuk menghadkan jumlah keramaian penderma di dalam Bilik Derma Darah pada masa yang sama, penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke dalam bilik Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.

Kempen ini akan diteruskan sehingga bulan Mei 2021 di Pusat Pendermaan Darah. Kempen derma darah ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara di samping menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera.