Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THANKSGIVING CEREMONIES MARK THE 59th ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

BERAKAS GARRISON, Sunday, 31 May 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated the 59th anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) with thanksgiving ceremonies held simultaneously in all RBLF camps.

Present as the guest of honour for the thanksgiving ceremony for First Battalion RBLF (1Bn RBLF) at Berakas Camp was Lieutenant Colonel Amilin bin Haji Mohamad Gani@ Haji Junit, Acting Commandant of Combat Service Support, RBLF.

Meanwhile at Tutong Camp, Second Battalion, RBLF (2Bn RBLF) also held a thanksgiving ceremony at Officers' Mess with Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF as the guest of honour.

A similar thanksgiving ceremony was also held at Lumut Camp. Present as the guest of honour for the ceremony was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Oficer of Third Battalion, RBLF (3Bn RBLF). Also present during the ceremony were the Deputy Commanding Officer, Officer Commanding, Officers and Senior Ranks of 3Bn RBLF.

For Support Battalion RBLF (Sp Bn RBLF), a thanksgiving ceremony took place at the Chemical Biological Radiological Explosive (CBRE) Defense Unit's prayer room, Penanjong Garison. Present as the Guest of the Honor was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Hj Zaini, Commanding Officer of the Support Battalion, RBLF with the Deputy Commanding Officer of Sp Bn, Officers and Non-Commissions Officers also in attendance.

Thanksgiving ceremonies were also held at Bangar Camp and Pulau Baru-Baru with Lieutenant Colonel Muhammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Commanding Officer, 1Bn RBLF as guest of honour for Bangar Camp and Major Awang Muhammad Muneer bin Haji Muhammad Taib, Operations Officer, 1Bn RBLF as guest of honour for Pulau Baru-Baru respectively.

The ceremonies began with the recitation of Surah Al-Fatihah and surah Yaasin and Tahlil. The ceremony proceeded with Doa Kesyukuran and Doa to avoid any diseases and outbreaks and concluded with the recitation of Doa Penutup.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE 59 TAHUN PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Ahad, 31 Mei 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-59 tahun dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran secara serentak di semua garison dan perkhemahan TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Doa Kesyukuran bagi Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) di Perkhemahan Berakas ialah Leftenan Kolonel Amilin bin Haji Mohamad Gani @ Haji Junit, Timbalan Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

Manakala bagi Majlis Doa Kesyukuran di Perkhemahan Tutong,  Batalion Kedua (2Bn TDDB) dihadiri oleh Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee,  Pegawai Pemerintah, 2Bn TDDB selaku Tetamu Kehormat di Mes Pegawai.

Majlis Doa Kesyukuran yang sama juga telah dilaksanakan di Perkhemahan Lumut. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai serta PTB-PTB Kanan 3Bn TDDB.

Bagi Batalion Bantu TDDB (Bn Bantu TDDB), Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Bilik Sembahyang Unit Pertahanan KBRL, Bn Bantu, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah, Bn Bantu TDDB.  Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan Bn Bantu juga turut hadir bagi majlis tersebut.

Majlis Doa Kesyukuran juga dilaksanakan di Perkhemahan Bangar dan Pulau Baru- Baru dimana Leftenan Kolonel Muhammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi Perkhemahan Bangar dan Mejar Awang Muhammad Muneer bin Haji Muhammad Taib, Pegawai Gerakan 1Bn TDDB selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi Pulau Baru-Baru.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti dengan bacaan surah Yaasin dan Tahlil. Majlis diteruskan juga dengan bacaan doa kesyukuran dan doa memohon agar terhindari dari segala bala dan wabak penyakit dan majlis diakhiri dengan Doa penutup.