Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE 40th ANNIVERSARY OF LAND ENGINEERING, COMBAT SERVICE SUPPORT, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

JERUDONG, Friday, 13 March 2020 - In conjunction with the 40th anniversary of Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (LE CSS RBLF), LE CSS RBLF personnel carried out a cemetery cleaning campaign for the late WO2 Saiful Aji bin Hj Matali at Kampong Jerudong Cemetery. 

A total of 27 personnel were involved in the campaign coordinated by Lt Mohammad Shakri bin Sahri, Officer In Charge Production, Penanjong Workshop. Family members of WO2 Saiful Aji bin Hj Matali were also present during the event. In addition to cleaning cemetery, they held a recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah.

The campaign aimed to enhance the spiritual development of the personnel, to strengthen ties between them as well as to encourage contribution back to the community.



    ACARA AMAL MEMBERSIHKAN KUBUR SEMPENA MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 40 TAHUN

JERUDONG, Jumaat, 13 Mac 2020 – Sempena menyambut Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat,  Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) yang ke 40 tahun, anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB telah bekerjasama bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan Allahyarham PW2 Saiful Aji bin Hj Matali di Tanah Perkuburan Kampung Jerudong.

Seramai 27 anggota terlibat dalam acara ini yang diketuai oleh Lt Mohammad Shakri bin Sahri, Pegawai Penguasa Produksi, Penanjong Woksyop. Turut hadir adalah ahli keluarga Allahyarham PW2 Saiful Aji bin Hj Matali. Acara dimulakan dengan membersihkan kubur diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah.

Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi pembagunan kerohanian anggota dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota serta untuk memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang balik kepada masyarakat.