Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL EMBRACES ISLAM

TUTONG, Friday, 06 March 2020 – A ceremony to commemorate the Islamic conversion of Private Esmizulizan bin Suhaimi, a Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel, was held today at Kampung Bukit Udal Mosque.

Present as the guest of honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Service Commanders, Director of the Islamic Da’wah Centre, senior officers from the RBAF and Village Head of Kampung Bukit Udal as well as family members of the RBLF personnel.

Guided by an officer from the Islamic Da’wah Centre, the ceremony began with the recitation of Quranic verses followed by the Declaration of the Syahadah (declaration of Faith) by Private Esmizulizan which marks his conversion to Islam. The ceremony was further enliven with a Dikir Marhaban and gift presentation. 

To date, Private Esmizulizan is the second RBAF personnel to convert to Islam this year and the 128th RBAF personnel since 2006.





ANGGOTA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMELUK AGAMA ISLAM

TUTONG, Jumaat, 06 Mac 2020 – Majlis Pengislaman bagi Soldadu Esmizulizan bin Suhaimi, seorang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah diadakan pada hari ini di Masjid Kampung Bukit Udal.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dan Ketua Kampung Bukit Udal serta ahli keluarga anggota TDDB tersebut.

Dengan dipimpin oleh seorang pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan lafaz Syahadah oleh Soldadu Esmizulizan yang dengan lafazan itu memeluk agama Islam. Majlis diserikan lagi dengan laungan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati. 

Setakat ini, Soldadu Esmizulizan merupakan anggota ABDB yang kedua untuk memeluk agama Islam pada tahun 2020 dan yang ke-128 sejak tahun 2006.