Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS AND COMPANY HEADQUARTERS, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Friday, 14 February 2020 – A promotion ceremony for Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and Company Headquarters, RBLF (Coy HQ RBLF) personnel took place at the Cookhouse of First Battalion RBLF. 

A total of 16 Non-Commissioned Officers were promoted which consisted of seven personnel promoted to Corporal, six personnel promoted to Acting Corporal, one personnel promoted to Lance Corporal and two  personal promoted to Acting Lance Corporal. 

Present as the Guest of Honour for the promotion ceremony was Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Hj Abd Hadi, Assistant Chief Of Staff Planning RBLF HQ. Also present at the ceremony were Officers, Senior Ranks and Other Ranks of RBLF HQ and Coy HQ RBLF.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation and the recital of doa selamat. The ceremony concluded with a photo session.





MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB MARKAS DAN KOMPENI MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 14 Februari 2020 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei  (Markas TDDB) dan Kompeni Markas Tentera Darat Diraja Brunei ( Komp Markas TDDB) telah melangsungkan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah di Rumah Masak Batalion Pertama TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Rendah adalah seramai 16 anggota menerima pangkat iaitu tujuh anggota menerima pangkat Koperal Tetap, enam anggota menerima pangkat Pemangku Koperal, seorang anggota menerima pangkat Lans Koperal Tetap dan dua anggota menerima pangkat Pemangku Lans Koperal.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat PTB-PTB Rendah ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Hj Abd Hadi, Penolong Ketua Staf Perancangan, Markas TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan penyampaian pangkat dan bacaan doa selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.