Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
INTERNATIONAL SCHOOL BRUNEI CONDUCTS STUDY VISIT TO DENTAL SERVICES, COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 09 October 2019 - Dental Services, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force received an educational visit from International School. The visiting group consisted of 84 students from Year 3 and were accompanied by 12 teachers. Upon arrival, they were welcomed by Colonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak. the Chief Dental Officer along with other Dental Services staff.

The visit aimed to educate the students on the importance and function of teeth and oral health, including healthy eating habits, as well as familiarising the students to the Dental Clinic environment and Dental staff. A round robin of three activities were conducted; firstly a talk on health eating habits by the Senior Dental Nurse, secondly an introduction to the dental surgery treatment room by the Dentists and lastly, an entertaining Puppet Show that delivered key messages on the importance of maintaining good oral health.

The visit achieved its aim in instilling knowledge and awareness amongst the young students and teachers on the importance of oral and dental health, regular dental check-ups and healthy eating habits to ensure healthy teeth and gums. The visit concluded with light refreshments and a group photo taking session.

 



SEKOLAH ANTARABANGSA BRUNEI MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KHIDMAT PERGIGIAN, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Rabu, 09 Oktober 2019 – Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei telah menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei. Rombongan terdiri dari murid-murid dari Tahun 3 seramai 84 orang penuntut dan 12 orang guru pengawas. Ketibaan mereka di Khidmat Pergigian Berakas disambut oleh Yang Mulia Kolonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian  bersama dengan ahli Khidmat Pergigian yang lain.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kepentingan dan fungsi gigi dan kesihatan mulut, permakanan yang sihat dan mengenalsuaikan diri dengan suasana klinik serta ahli pergigian. Khidmat Pergigian juga menyediakan tiga jenis aktiviti kearah mencapai tujuan tersebut iaitu sesi taklimat mengenai permakanan yang sihat dan kurang sihat bagi menjamin kesihatan gigi, sesi pengenalan di bilik rawatan pergigian bersama Pegawai Doktor Pergigian dan dihiburkan dengan persembahan boneka (puppet show) yang menyampaikan pesanan kesihatan pergigian.

Lawatan tersebut setentunya telah memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat kepada murid-murid serta guru-guru seperti pendedahan dan kesedaran awal kepada murid-murid tersebut mengenai penjagaan gigi, pemeriksaan pergigian di bilik rawatan dan mengenai kesihatan mulut termasuk cara permakanan yang sihat. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan dan seterusnya bergambar ramai.