Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CHIEF OF STAFF ROYAL BRUNEI LAND FORCE VISITS BINTURAN SHOOTING RANGE

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 09 October 2019- Colonel Azman bin Haji Bangkol, the Chief of Staff Royal Brunei Land Force (COS RBLF) paid a visit to the Binturan Shooting Range in preparation for the upcoming Pre- ASEAN Armies Rifle Meet (Pre-AARM) 2019 to be held from 11 October until 18 October 2019 with the Singapore Shooting Contingent of the Singapore Armed Forces.

Upon arrival, the COS RBLF was welcomed by Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Contingent Commander of the Royal Brunei Land Force Shooting Team (RBLFST) and Major Mohamad Khairol Hadizam bin Haji Osman, Team Manager of RBLFST.

The visit commenced with an overall briefing of the progress of the RBLF Shooting Team and a site visit to Gallery 1, Gallery 2 and the Moving Target Training (MTT) at Binturan Shooting Range. The visit concluded with a pistol shooting to showcase the types of weapons used by the Shooting Teams during the competition.

The Pre-AARM is an annual event between RBLF and the Singapore Armed Forces for training and preparations for the upcoming AARM. The RBLF Shooting Team will be participating in the 29th AARM to be held in Bandung, Indonesia on 14th November 2019. RBLF will be hosting the 30th AARM in 2020.




LAWATAN KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE PADANG TEMBAK BINTURAN

PENANJONG GARISON, Rabu, 09 Oktober 2019 – Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei (KS TDDB) telah membuat lawatan ke Padang Tembak Binturan Penanjong Garison bagi persiapan Pre-ASEAN Armies Rifle Meet (Pre-AARM) 2019 yang akan dikendalikan pada 11 Oktober hingga 18 Oktober 2019 bersama Kontinjen Penembak Singapura, Angkatan Bersenjata Singapura.

Sejurus tiba, Yang Mulia KS TDDB disambut oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Ketua Kontingen Pasukan Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (PPTDDB) dan Yang Mulia Mejar Mohamad Khairol Hadizam bin Haji Osman, Pengurus Pasukan PPTDDB.

Lawatan tersebut bermula dengan taklimat mengenai kemajuan PPTDDB diikuti dengan lawatan ke Galeri 1, Galeri 2 dan Moving Target Training (MTT) di Padang Tembak Binturan. Lawatan diakhiri dengan menembak pistol bagi mendedahkan jenis-jenis pistol yang digunakan oleh PPTDDB semasa persaingan AARM.

Persiapan Pre-AARM 2019 adalah acara tahunan antara PPTDDB dan Kontinjen Penembak Singapura (KPS) bagi latihan dan persiapan untuk perlawanan AARM yang akan datang. PPTDDB akan menyertai perlawanan AARM ke-29 yang akan diadakan di Bandung, Indonesia pada 14 November 2019. Selain daripada itu, latihan tersebut adalah untuk persediaan AARM ke-30 pada tahun 2020 yang mana akan dianjurkan oleh TDDB.