Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COURTESY CALL FROM DIRECTOR OF LAND WARFARE, BRITISH ARMY AND COMMANDANT OF SPECIAL FORCES TRAINING WARFARE CENTRE, MALAYSIAN ARMY

DEFENCE ACADEMY, Friday, 28 June 2019 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received a courtesy call from Major General Timothy Hyams, Director of Land Warfare, the British Army and Colonel Adi Ridzwan bin Abdullah, Commandant of Special Forces Training Warfare Centre, Malaysian Army at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces.

During the courtesy call, the Commander of RBLF expressed his satisfaction on the robust and active defence relations between Brunei Darussalam and both countries that was manifested through regular exchange of visits, meetings, bilateral exercises and other programmes. Both sides also had the opportunity to discuss issues relating to training and other areas of cooperation.

Major General Timothy Hyams and Colonel Adi Ridzwan bin Abdullah were the keynote speakers at the opening ceremony of the Regional Jungle Warfare Symposium 2019. 


KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH PEPERANGAN DARAT, TENTERA BRITISH DAN KOMANDAN PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS, TENTERA DARAT MALAYSIA

AKADEMI PERTAHANAN, Jumaat, 28 Jun 2019 â€“Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy Hyams, Pengarah Peperangan Darat, Tentera British dan Yang Mulia Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus, Tentera Darat Malaysia bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB menyatakan rasa puas hati di atas hubungan pertahanan yang kukuh dan aktif diantara Negara Brunei Darssalam dan kedua-dua buah negara yang telah dimanifestasikan melalui pertukaran lawatan, mesyuarat, eksesais dua hala, latihan dan pelbagai interaksi yang lain. Kedua pihak juga membincangkan mengenai latihan sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai peluang kerjasama.

Yang Mulia Mejar Jeneral Timothy Hyams dan Yang Mulia Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah merupakan keynote speakers bagi majlis pembukaan Regional Jungle Warfare Symposium 2019.