Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
BERAKAS GARRISON MARKS END OF TADARUS WITH KHATAM AL-QURAN

BERAKAS GARRISON, Monday, 03 June 2019 – Berakas Garrison held a Khatam Al-Quran ceremony at the Surau Al-Fai’izun to mark the completion of the recital of 30 chapters of the Quran. 

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force. Also present were Chief of Staff, officers and personnel of the Royal Brunei Land Force. 

The event commenced with a mass Zuhor prayer followed with Khatam Al-Quran ceremony and Zikir Marhaban by RBLF personnel and the Royal Brunei Armed Forces Religious Department (Jama’at).

As part of religious activities during the holy month of Ramadhan, this annual activity serves to encourage the personnel of the Royal Brunei Land Force to complete the recital of 30 Juz of the Al-Quran. This practice is in line with the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the people in the country to uphold the knowledge and reading skills of Al-Quran as well as to be able to produce an al-Quran literate nation.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA IHYA RAMADHAN PERINGKAT BERAKAS GARISON

BERAKAS GARISON, Isnin, 03 Jun 2019 – Berakas Garison telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Al-Fai’zun, Berakas Garison bagi menandakan tamatnya acara bertadarus pada setiap malam sepanjang Ihya Ramadhan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ketua Staf, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Tentera Darat Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah, diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran dan diserikan dengan zikir dan marhaban oleh anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei dan anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Jama’at).

Majis ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti keagamaan dibulan Ramadhan ini bagi menggalakan warga Tentera Darat Diraja Brunei untuk menamatkan bacaan 30 Juzu’ Kitab suci Al-Quran di bulan Ramadhan. Amalan ini bertepatan dengan hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei yang setentunya dapat meningkatkan pengetahuna dan kemahiran dalam pembacaan Al-Quran serta dapat melahirkan rakyat dan penduduk yang celik Al-Quran.