Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
IFTAR WITH FORMER COMMANDING OFFICERS AND REGIMENT SERGEANT MAJORS OF SECOND BATTALION, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

TUTONG CAMP, Wednesday, 29 May 2019 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) conducted an annual event of Iftar with Former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of 2Bn RBLF that was organised by Captain Abdul Hakim Bin Arifin, Officer Commanding of Company B, 2Bn RBLF.

Present as the guest of honour for the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Second Minister of Defence. Other invited guests include Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of RBLF, former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of 2Bn RBLF as well as officers and personnel of 2Bn RBLF.

The event commenced with a photo session with the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors followed with the recitation of Surah Yassin and Tahlil. The event continued with mass fardhu Maghrib prayers, Iftar and the presentation of gifts to the former Commanding Officers and former Regiment Sergeant Majors. The event continued with mass fardhu Isya and Terawih prayers and concluded with Tedarus Al-Quran.

The purpose of the event was to strengthen the bond and acts as a token of appreciation for the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of 2Bn RBLF for their services.


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION KEDUA, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 29 Mei 2019 - Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan acara tahunan iaitu Majlis Bersungkai Bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB yang dipengerusikan oleh Kapten Abdul Hakim Bin Arifin, Pegawai Memerintah Kompeni B, 2Bn TDDB. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pentahanan Kedua. Jemputan yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB serta Mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB, pegawai-pegawai serta anggota -anggota 2Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan bergambar ramai bersama mantan–mantan Pegawai Pemerintah dan juga Sarjan Mejar Rejimen diikuti dengan membaca Surah Yassin dan Tahlil. Majlis diteruskan lagi dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah, menikmati juadah bersungkai dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan mantan-mantan Sarjan Mejar Regimen. Majlis diteruskan dengan Solat Fardhu Isya, sunat Terawih dan witir dan diakhiri dengan Tedarus Al-Quran.

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan tali silaturahim serta sebagai tanda penghormatan dan penghargaan keatas jasa khidmat baik yang telah disumbangkan oleh Mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Rejimen 2Bn TDDB.