Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ADMIN COMPANY SECOND BATTALION OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE 58TH ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

KAMPUNG TELISAI, TUTONG, Friday, 10 May 2019 - In conjunction with the 58th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Anniversary celebration, 23 personnel from Admin Company Second Battalion of the Royal Brunei Land Force (Admin Coy 2Bn RBLF) conducted cleaning campaign activities at Telisai Muslim Cemetery. The recital of tahlil was led by Sgt Pengiran Ali Marshah bin Pengiran Omar.

The purpose of this campaign is to remember those who have departed and to strengthen the relations of RBLF personnel involved in the activity.


KOMPENI PENTADBIR BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGENDALIKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN KAMPUNG TELISAI BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-58 TAHUN

KAMPUNG TELISAI, TUTONG, Jumaat, 10 Mei 2019 - Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58 Tahun, seramai 23 orang anggota Kompeni  Pentadbir Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (Komp Pentadbir 2Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Telisai. Pembacaan tahlil oleh rombongan tersebut telah diketuai oleh Sjn Pengiran Md Ali Marshah bin Pengiran Omar.

Adapun tujuan aktiviti kemasyarakatan ini diadakan adalah salah satu aktiviti untuk memupuk nilai murni bagi mengenang jasa dan budi anggota-anggota tentera yang telah kembali kerahmatullah bahkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-anggota tentera yang sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.